Tuesday, March 9, 2010

Rakan Kepimpinan

Punyai matlamat yang jelas
Pemikir yang produktif
Punyai etika kehidupan yang tinggi
Penghadapi perubahan dengan positif
Peka dan sensitif pada situasi
Penyanggup hadapi sebarang risiko
Pembuat keputusan
Pengguna kuasa dengan bijak
Pelaku komunikasi dgn efektif
Pembina pasukan
Pemberani

Rencamnya Kehidupan

Insan ( manusia) di cipta Allah dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk lain. Dalam penciptaan sebagai makhluk terbaik itu, Allah mempelbagaikan pula, bentuk fizikal, struktur tubuh badan , tingkahlaku, sikap, tahap kecerdasan dan pelbagai lagi.
Sebagaimana Allah menyuruh hambanya memikir dan mengambil pengiktibaran dari penciptaannya terhadap makhluk lain, kepelbagaian dan kerencaman kehidupan manusia itu sendiri juga perlu di teliti dan diambil pengajaran bagi hambanya yang berakal.
Melalui blog ini saya ingin berkongsi dengan pengunjung/ pelawat blog ini terhadap ilmu, dapatan, pengalaman, isu, kisah atau sebagainya untuk diambil menafaat bersama.
Harapan saya agar ada rakan-rakan atau sesiapa sahaja diluar sana yang sudi membaca dan memberi nilai tambah dimana-mana yang patut untuk saya perbaiki persembahan blog ini agar ianya lebih berkesan dan mendapat berfaedah bersama.